Kebakaran musnahkan stor simpan, proses pasu di Batu Kawa

Kelihatan Api sedang marak dalam satu kebakaran yang memusnahkan stor penyimpanan dan pemprosesan pasu di Jalan Batu Kawa, Kuching. Attachments area

KUCHING, 3 Mac: Sebuah Stor penyimpan dan pemprosesan pasu musnah dalam satu kebakaran tengahari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakkan Operasi Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut Kira-kira jam 1.52 tengahari tadi.

Katanya, maklumat awal yang diterima memaklumkan kebakaran terbabit melibat sebuah rumah di Taman Janting, Jalan Batu Kawa di sini.


Bagaimanapun Komander Operasi yang tiba di lokasi kejadian memberitahu kejadian tersebut melibatkan sebuaj stor yang digunakan untuk menyimpan dan memproses pasu bukannya unit kediaman seperti yang dilaporkan sebelumnya.

“Bangunan stor berstruktur tidak kekal satu tingkat dengan keluasan kira 50×250 kaki persegi itu musnah sepenuhnya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, anggota bomba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengawal kebakaran terbabit.

“Sehingga jam 5 petang tadi, kebakaran terbabit sudah berjaya dikawal dan anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja overhoul bagi memastikan tiada bara api yang boleh mencetuskan kebakaran semula berlaku di lokasi tersebut.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian akibat kebakaran tersebut masih dalam siasatan,” katanya. -DayakDaily