KOTA SAMARAHAN, 20 April: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) mengambil masa hampir 12 jam untuk operasi memadam kebakaran longgokan tayar di Jalan Datuk Mohammad Musa, di sini.
Jurucakap Bomba berkata kebakaran tersebut dipercayai disegajakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, laporan diterima pada jam 4 pagi dan operasi memadam kebakaran tamat sepenuhnya pada jam 4 petang tadi.
“Kebakaran melibatkan kenderaan lama dan longgokan tayar yang segaja dibakar oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
“Pasukan bomba melakukan pemadaman dengan menggunakan dua aliran 300 kaki tiga pancutan sumber air dari pili Bomba yang berdekatan.
“Operasi pemadaman juga dilakukan dengan bantuan jentolak seterusnya membuat overhaul di sekitar kawasan kebakaran sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Pasukan Bomba kemudian berangkat balik me balak selepas memastikan keadaan selamat dan tiada lagi punca api. — DayakDaily