Keahlian Bersatu Sarawak kini mencecah 30,000 orang

Parti Pribumi Bersatu Malaysia logo (picture sourced from http://www.bersatu.org/logo.php)

KUCHING, Okt 3: Selepas mendapat sokongan serta respons yang semakin positif, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak akan dirasmikan dalam masa terdekat ini.

Ini adalah susulan peningkatan jumlah keahlian parti berkenaan yang kini hampir mencecah 30,000 ahli dari 31 bahagian di negeri itu.

Ketua Pendaftar Bersatu Sarawak, Affendi Jeman berkata, parti berkenaan akan bertapak di negeri ini seiring dengan permintaan tinggi daripada rakyat tempatan.


Jelasnya, Bersatu boleh diibaratkan sebagai wadah perubahan dan pelengkap dalam memastikan pembangunan berterusan di Sarawak.

“Jika kita lihat, dalam tempoh singkat sahaja, keahlian Bersatu kini hampir mencecah seramai 30,000 ahli.

“Statistik ini menunjukkan rakyat di Sarawak mahukan Bersatu bertapak dengan harapan membawa kemajuan secara menyeluruh,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Redzuan memberitahu, beliau adalah bertanggungjawab sebagai penyelaras penubuhan Bersatu di Sarawak.

Katanya, Pengerusi Bersatu yang juga Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, secara prinsipnya juga bersetuju dengan hasrat agar Bersatu mengorak langkah ke Sarawak.

“Namun, pelaksanaannya perkara tersebut masih lagi diperhalusi oleh pucuk pimpinan parti,” ujarnya. — DayakDaily