Kawalan Rentas Daerah bakal dilaksana di Sabah

Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob

Oleh Kadir Edison

KUALA LUMPUR, OKT 1: Kerajaan akan melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di Sabah susulan peningkatan kes jangkitan wabak COVID-19 di negeri itu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawalan tersebut akan di laksanakan bermula 12.01 pagi 3 Oktober ini hingga 16 Oktober depan.


Bagaimanapun katanya, perkhidmatan perlu seperti keperluan bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan lain-lain dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.

ā€œSepanjang Tempoh ini, mereka yang sedang dikuarantin dan akan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau ke Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Labuan,ā€ katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Perintah kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu di Tawau,Lahad Datu, Kunak dan Semporna kekal berkuatkuasa seperti yang pernah di umumkan oleh kerajaan sebelum ini.

ā€œPKPDB di empat daerah ini tidak mengalami perubahan walaupun Kawalan Rentas Daerah di Sabah akan dilaksanakan bermula 12.01 pagi Sabtu ini dan sebarang maklumat lanjut mengenai kawalan tersebut akan di maklumkan oleh kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Bencana Alam COVID Sabah yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri,ā€ katanya.

Dalam pada itu, seramai 98 individu ditahan semalam atas kesalahan Ingkar arahan PKP di seluruh negara dengan 95 daripadanya dikenakan kompaun manakala tiga lagi di tahan reman.

ā€œSelain itu, menerusi Ops Benteng, seramai 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan semalam. Sebuah bot dan tiga kenderaan yang digunakan untuk membawa masuk PATI berkenaan turut berjaya dirampas,ā€ katanya. ā€”Ā DayakDaily