Karnival Poon Choi satu lagi produk pelancongan — Tiong

Tiong hadir ke Karnival Poon Choi Tahun Baru Cina di Sungai Pelek.
Advertisement

KUCHING, 16 Jan: Karnival Poon Choi Tahun Baru Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek boleh dijadikan satu lagi produk pelancongan.

Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, karnival secara tidak langsung dapat membantu memacu ekonomi dan menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Katanya, ‘poon choi’ merupakan satu hidangan tradisional Tahun Baru Cina.

Advertisement

“Ia disajikan dalam mangkuk besar dengan ramuan seperti aneka daging dan sayur.

“Ramuannya dimasak secara berasingan tetapi dihidangkan bersama dalam mangkuk besar.

“Ramuan yang dimasak ini akan dihidangkan selapis demi selapis sehingga menampakkan seperti ‘tumpahan’ makanan yang memberi maksud bertuah,” kata Tiong.

Hidangan poon choi.

Selain acara menyajikan poon choi tambah beliau, terdapat juga tapak-tapak gerai yang mempamerkan produk tempatan dan juga jualan barangan persiapan bagi menyambut Tahun Baru Cina.

Tiong berharap aktiviti seperti ini dapat menarik minat orang ramai untuk mempelajari dan mengetahui tentang budaya lain disamping dapat mempromosikannya. — DayakDaily

Advertisement