Kapal Dayang Topaz karam, 1 maut dan 4 masih hilang manakala 121 selamat

Survivors on a life raft after the high sea drama on Oct 27.
Advertisement

KUCHING, 27 Okt: Seramai 121 kru berjaya diselamatkan, seorang meninggal dunia dan empat lagi masih belum ditemui dalam kejadian Kapal Dayang Topaz karam di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri setakat jam 8.45 pagi ini.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som pada satu kenyataan berkata, agensi telah menerima aduan dari kapal Sapura Construction pada lebih kurang jam 6.45 pagi.

“Kapal Sapura Construction telah bergerak ke lokasi untuk mengesan lokasi sebenar kapal Dayang Topaz yang dilaporkan mulai karam dengan 62 kru masih berada di atas kapal, manakala 125 kru lagi telah terjun ke laut,” katanya.

Advertisement
Kru kapal terapung di lautan menunggu kapal penyelamat tiba

Menurut Mohd Zubil, aset-aset bantuan telah segera bergerak ke lokasi yang merangkumi tiga kapal dan sebuah bot Maritim Malaysia di Miri bersama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell.

“Pada kira-kira jam 8.45 pagi tadi seramai 121 kru berjaya diselamatkan, seorang meninggal dunia dan empat lagi masih belum ditemui.

“Semua kru yang telah dijumpai telah diselamatkan oleh aset-aset bantuan dan kapal-kapal yang telah tiba di lokasi kejadian,’ujar Mohd Zubil.

Pihak Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) katanya sedang giat melaksanakan koordinasi lanjut bagi mencari dan menyelamat empat kru yang masih hilang.-DayakDaily

Advertisement