LIMBANG, 25 Julai: Bangunan kantin di Sekolah Kebangsaan (SK) Mendalam, Limbang dilaporkan musnah dalam kebakaran petang hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 6.31 petang.
Beberapa anggota dari Balai Bomba Limbang dikerahkan ke lokasi kejadian yang mengambil masa kira-kira sejam untuk sampai.
Setiba anggota Bomba di lokasi, didapati kebakaran berjaya dikawal dari merebak dan dipadamkan sepenuhnya oleh kakitangan sekolah dan orang awam.
Kebakaran tersebut menyebabkan bangunan kantin tersebut musnah sepenuhnya.
Pasukan Bomba kemudian membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi sisa-sisa api yang tinggal .
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. — DayakDaily