Penjual nasi ayam dan jurukimpal ditangkap, disyaki ‘part-time’ jual loteri haram

Kedua-dua suspek ditangkap untuk siasatan lanjut.

KUCHING, 25 Julai: Dua lelaki bekerja sambilan sambilan sebagai ejen jual beli loteri haram ditangkap dalam dua operasi Op Khas Dadu di Batu Kawa, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan berkata kedua-dua suspek berusia 37 dan 42 tahun, masing-masing bekerja sebagai jurukimpal dan penjual nasi ayam.

Jelasnya, suspek pertama ditangkap pada jam 5 petang dan suspek kedua ditangkap kira-kira 10 minit kemudian di premis yang sama.

Kedua-dua suspek semasa disoal siasat mengaku ada menjual loteri haram.

Turut dirampas daripada suspek ialah telefon bimbit dan sejumlah wang tunai.

Mereka kemudian dibawa ke lokap Balai Polis Siburan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. — DayakDaily