Kanak-kanak lelaki hilang, ditemukan meninggal dunia dipercayai lemas di Ulu Baram

Mayat mangsa diserahkan kepada keluarganya untuk tindakan selanjutnya.
Advertisement

MARUDI, 3 Ogos: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun ditemui mati dipercayai lemas di tebing sungai di Kampung Long Banyok, Ulu Baram hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mangsa disedari hilang pada jam 4 petang semalam.

Bapa mangsa bersama keluarga serta penduduk kampung mula mencari mangsa selepas itu, namun gagal
menjumpainya dan kemudian terus melaporkan kehilangannya.

Advertisement

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kemudian dilancarkan pada pagi tadi dan mangsa telah ditemukan meninggal dunia di tebing sungai tersebut.

Difahamkan mayat mangsa ditemui penduduk kampung tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke rumah panjang dan diserahkan kepada keluarganya untuk tindakan selanjutnya. — DayakDaily

Advertisement