Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun hilang dari rumah.

Mangsa yang dilaporkan hilang.

SIMUNJAN, Nov 7: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di rumah mereka di Kampung Ruan Baru, di sini sejak petang semalam dilancarkan.

Jurucakap Bomba berkara mangsa dikenali sebagai Desmen Davei kali terakhir dilihat adalah sekitar jam 1 petang semalam selepas dimandikan oleh neneknya.

“Mangsa diletakkan di atas kerusi dan sekembalinya nenek mangsa semula didapati mangsa tidak lagi kelihatan lagi dan seluruh keluarga berusaha mencari mangsa namun menemui jalan buntu dan terus melaporkan kepada pihak polis,” katanya.


Menurutnya juga, pemantauan telah dibuat di sekitar rumah mangsa dan didapati tiada sungai berdekatan atau tali air parit besar.

Operasi SAR yang dimulakan seawal jam 7 pagi tadi turut disertai anggota polis dan penduduk kampung. — DayakDaily