Kanak-kanak hilang di Sungai Sundar, Lawas ditemui mati

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Advertisement

LAWAS, 9 Ogos: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Sundar berdekatan Kampung Tg Katong, pada Ahad lalu di sini ditemui mati hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mayat mangsa, Nabil Suhaili, 12 tahun ditemukan pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada jam 9.28 pagi tadi.

Katanya, mayat mangsa ditemui terapung kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian.

Advertisement

“Mayat mangsa telah diserahkan kapada polis dan juga telah disahkan oleh keluarga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi SAR hari ke-3 hari ini yang turut disertai Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan penduduk kampung tamat sepenuhnya pada jam 10.30
pagi.

Mangsa dilaporkan hilang pada Ahad lepas ketika dia bersama lima lagi rakannya mandi di sungai tersebut.

Operasi SAR mangsa dilancarkan pada hari sama selepas laporan dibuat oleh keluarga mangsa. — DayakDaily

Advertisement