Dr Hazland terima kunjungan hormat MyCAS

Dr Hazland (duduk tengah) menerima kunjungan hormat rombongan MyCAS di Menara Pelita.

KUCHING, 9 Ogos: Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni pada Jumaat telah menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Forum Udara Bersih Malaysia (MyCAS) di Menara Pelita di sini.

Kunjungan turut dihadiri oleh Biro Konvensyen Sarawak (BESarawak) dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB).

Kunjungan ini bertujuan untuk menyampaikan hasrat pihak MyCAS untuk menjalinkan kerjasama strategik bersama Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty) untuk Asian Aerosol Conference yang akan berlangsung di Kuching pada tahun 2024.


Presiden MyCas, Dr Noor Zaitun Yahaya memberitahu bahawa pertubuhan ialah sebuah badan bukan kerajaan kebangsaan yang ditetapkan entiti untuk menangani isu kualiti udara di peringkat global dan antarabangsa.

“MyCAS membuat sumbangan berharga dalam mempromosikan kualiti udara yang lebih baik.

“Ia melalui pengalaman luas dan perundingan, kepakaran dan kapasiti mereka, perkongsian maklumat dan pengetahuan, penyelidikan dan penerbitan, promosi dialog dan sokongan kualiti udara yang lebih baik dan negara yang lebih sihat untuk didiami,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Zaitun turut memaklumkan perancangan mereka untuk menjemput pihak MEESty menjadi penceramah utama untuk persidangan yang akan datang untuk berkongsi tentang perancangan negeri mengenai tenaga hijau.

MyCAS telah diberi mandat untuk mengetuai misi nasional untuk kualiti udara yang lebih baik. — DayakDaily