Kanak-kanak cedera dipercayai dipatuk ular di Matang Jaya

Ular yang berjaya ditangkap anggota Bomba.
Advertisement

KUCHING, 10 April: Seorang kanak-kanak dikejarkan ke hospital selepas dikatakan cedera dipercayai dipatuk seekor ular malam tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya berkata kejadian dilaporkan berlaku di Taman Matang Jaya sekitar jam 9.30 malam.

“Anggota terus ke lokasi kejadian dan dan dimaklumkan bahawa ular tersebut berada di dalam mangkuk tandas.

Advertisement

“Ular sepanjang 3 meter tersebut berjaya ditangkap oleh bomba dan dilepaskan di kawasan yang jauh dari kediaman penduduk,” katanya.

Tambahnya juga, mangsa telah dikejarkan ayahnya ke hospital sebelum ketibaan pihak Bomba di lokasi kejadian. — DayakDaily

Advertisement