Kampung Pundut bakal menjadi pengeluar pisang terbesar di Limbang

Abdul Rahman (dua dari kanan) pada lawatan ke Projek Tanaman Pisang Secara Berkelompok di Kampung Pundut.
Advertisement

KUCHING, 4 April: Kampung Pundut bakal menjadi pengeluar pisang terbesar di daerah, Limbang.

Menurut Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, kerajaan merancang untuk membesarkan kawasan tananam yang melibatkan 33 orang peserta.

Untuk mencapai sasaran tersebut katanya, para peserta harus mengamalkan sistem penanaman pisang yang baik.

Advertisement

Abdul Rahman yang juga Adun Bukit Kota juga telah meminta Jabatan Pertanian untuk memantau projek tersebut dan memberi segala bantuan teknikal serta khidmat nasihat untuk penaman yang lebih sesuai.

ā€œPertama, saya lihat masih ada yang belum mengamalkan sistem penanaman yang baik di sana.

ā€œKedua, saya telah meminta Jabatan Pertanian untuk berhubung dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) untuk menambah baik saliran di Kampung Pundut.

ā€œDan, ketiganya kita hendak menjadikan kawasan tersebut antara pengeluar pisang yang besar di daerah Limbang,” katanya menerusi laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas).

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Projek Tanaman Pisang Secara Berkelompok di Kampung Pundut, Limbang pada Rabu lepas.

Tambah beliau, seramai 33 orang peserta di bawah Program Agriculture Facilitation Fund (AFF) 2019 telah menerima bantuan berjumlah RM234,000 bagi projek tanaman pisang secara berkelompok.

Ini melibatkan bantuan baja, mesin rumput, alat penyembur baja dan racun.

Abdul Rahman turut melawat Projek Tanaman Durian Integrasi Dengan Ternakan Lembu milik Jerry Siran di Kampung Bukit Impas dan Projek Tanaman Daun Nyirik milik Jelina Tua di Kampung Bangkuati.

Katanya, pada 2017 projek perintis di Limbang ini menghadapi pelbagai cabaran tetapi dengan kecekalan pengusahanya (Jerry), projek integrasi ini dapat dijalankan dan lembu sudah mampu melahirkan anak.

Beliau juga yakin jumlah lembu akan dapat ditambah dan memberi manfaat kepada peserta selain dapat menambah jumlah peserta.

ā€œKita bagi masa untuk mereka membayar balik ā€˜one to oneā€™, kalau kita pinjamkan mereka 25 ekor, mereka kena bagi balik 25 ekor tanpa dikena faedah.

ā€œKita akan minta anak kemudian kita akan pinjamkan kepada peserta lain begitulah sistem pawah.,ā€ujar beliau.

Turut hadir Adun Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Pegawai Pertanian Amirul Fikri Jemali dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Limbang Tr Ugak Sanggau. ā€” DayakDaily

Advertisement