Kajian navigasi Sungai Sarawak Kanan dijangka siap Jun ini

Miro Simuh

KUCHING, 4 Feb: Kajian navigasi Sungai Sarawak Kanan dari Perairan Kuching ke Siniawan dijangka siap pada Jun ini.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam (UKAS), ADUN) Serembu Miro Simuh berkata, kajian dilakukan oleh perunding tempatan itu bermula kira-kira dua minggu lalu.

Katanya, projek akan menjadi rujukan yang baik bagi Sarawak untuk meneliti dan mengkaji navigasi sungai, serta nilai ekonomi dan komuniti sungai di negeri ini.


ā€œDengan sokongan daripada Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg), semua orang boleh mengenalpasti nilai sungai, terutama nilai ekonomi, nilai budaya dan masyarakat, yang kita punya.

ā€œIni adalah perkara yang kita mahu gambarkan dengan lebih luas. Orang ramai akhirnya akan sedar bahawa sungai ialah sesuatu yang kita perlu pelihara dan kekalkan,ā€ ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan bengkel laporan pengenalpastian bahaya dan kajian impak di Hotel Grand Margherita Kuching pada Jumaat.

Dalam pada itu, Miro turut berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana membiayai kajian navigasi sebanyak RM300,000 yang akhirnya akan mengetengahkan Siniawan sebagai tempat pelancongan.

Di samping itu, beliau berharap sungai dapat memberi manfaat kepada semua dan bukan untuk pelancongan sahaja kerana banyak nilai ekonomi yang perlu digali dan diberitahu kepada rakyat. ā€” DayakDaily