Kaji-selidik permintaan Rumah Spektra Permata (RSP) Lundu II mulai 2 hingga 5 Ogos

House and key. — DayakDaily file pic. // Image by Jens Neumann from Pixabay

KUCHING, 27 Julai: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) akan mengadakan kaji-selidik berhubung permintaan Rumah Spektra Permata (RSP) Lundu II.

HDC dalam satu kenyataan hari ini berkata, kaji selidik akan diadakan dari 2 hingga 5 Ogos 2022 di Pejabat Daerah Lundu.

“Kaji-selidik bertujuan untuk mengukur tahap permintaan setempat bagi Rumah Spektra Permata (RSP) Lundu 11.


“Ia akan dilaksanakan di bawah Projek Sambungan Rancangan Malaysia Ke-12 [RMK12] peruntukan kerajaan Sarawak,” kata HDC.

Selain itu, kaji-selidik dijalankan bagi mengukur tahap kemampuan penduduk setempat terhadap rumah yang akan dibangunkan oleh HDC berdasarkan harga jualan yang ditetapkan.

Menurut kenyataan itu, kaji-selidik ini perlu untuk mengurangkan risiko rumah tidak terjual bagi projek RSP Lundu II.

“Pada masa yang sama, ia penting bagi merancang dan menentukan jumlah peruntukan keperluan pinjaman perumahan oleh Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd,” menurut kenyataan tersebut.

Kaji-selidik akan dijalankan bermula jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang.

Sehubungan itu, HDC mengalu-alukan penduduk setempat hadir ke Pejabat Daerah Lundu untuk memberi maklum balas kaji-selidik tersebut. — DayakDaily