55,000 batang rokok, 2,057.48 liter minuman keras bernilai RM88,372 dirampas di Demak Laut

Antara minuman keras yang dirampas dalam operasi tersebut.

KUCHING, 27 Julai: Sebanyak 55,000 barang rokok dan 2,058.48 liter minuman keras pelbagai jenama dirampas daripada sebuah premis di kawasan Demak Laut, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata kesemua rokok dan minuman keras yang dianggarkan bernilai RM84,373.72 tersebut dirampas kerana disyaki tidak bercukai.

Susulan itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 19 tahun turut ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching sekitar jam 3.30 petang itu untuk siasatan lanjut.


Kesemua rampasan dan tangkapan kemudian dibawa ke IPD Kuching dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dihukum denda tidak kurang 10 ganda nilai barangan atau RM100,000 dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barangan atau RM500,000.

Hukuman penjara juga boleh dikenakan tidak kurang enam bulan dan tidak lebih tahun.

Operasi seumpama itu akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan penyeludupan karana aktiviti ini mendatangkan kerugian kepada ekonomi negara. — DayakDaily