Kaderi Awang Lihi juara Pertandingan Mencipta Lagu Tema Sarawak Maju Makmur Sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka

Abdul Karim (tujuh dari kanan) hadir ke majlis penyampaian hadiah Pertandingan Mencipta Lagu Tema Sarawak Maju Makmur Sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka. Foto: Ukas

KUCHING, 4 April: Kaderi Awang Lihi muncul juara Pertandingan Mencipta Lagu Tema Sarawak Maju Makmur Sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Menurut laporan dari Unit Komunikasi Awak Sarawak (Ukas), majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di sebuah hotel di sini malam tadi.

Naib juara ialah Ermi Sanisa Suran manakala tempat ketiga dimenangi Jamaludin Sejeli.


Seramai 76 orang peserta yang menyertai pertandingan ini terdiri dari 62 peserta dari Sarawak, 12 peserta dari Semenanjung Malaysia dan 2 peserta dari Sabah.

Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada warganegara Malaysia untuk berkarya dengan keutamaan diberikan kepada anak-anak Sarawak, seterusnya memupuk semangat patriotik di kalangan warganegara Malaysia terutama rakyat Sarawak. — DayakDaily