Kadar bayaran jurubahasa isyarat akan ditentukan selepas perbincangan lanjut

Fatimah (lima kiri) ketika melakukan kunjungan hormat bersama Persatuan Orang-Orang Pekak Sarawak kepada Abang Johari (lima,kanan) di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.

KUCHING, 8 Jan: Kadar bayaran untuk perkhidmatan jurubahasa atau penterjemah bahasa isyarat akan dibincangkan dengan terperinci dengan Persatuan Orang-Orang Pekak Sarawak sebelum ia di majukan kepada kerajaan Sarawak untuk proses seterusnya

Menteri Kebajikan, kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata perbincangan tersebut bertujan bagi menetapkan kadar bayaran standard yang akan di kenakan kepada pihak tertentu yang memerlukan perkhidmatan jurubahasa isyarat dari kalangan orang-orang pekak ini.

“Kemudian dari segi formalitinya kita akan bincang dengan setiausaha kerajaan negeri supaya apa yang telah diputuskan dan dipersetujui dapat diketahui oleh orang awam.

Dengan itu bayaran yang sewajarnya bolehlah mereka nikmati dan ini adalah dalam kadar yang munasabah,” katanya ketika ditemui selepas mengiringi kunjungan hormat Persatuan Orang-Orang Pekak Sarawak kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, perkhidmatan sebagai jurubahasa yang disediakan oleh ahli Persatuan Orang-Orang Pekak ini merupakan satu bentuk perkhidmatan profesional dan ia  wajar dibayar mengikut kelayakkannya.

Katanya, situasi tersebut secara tidak lansung akan dapat meyediakan peluang perkerjaan kepada individu dengan masalah pendengaran sekaligus menjadikan mereka lebih berdikari.

Mengulas cadangan persatuan terbabit untuk terlibat dalam bidang penyiaran,Fatimah berkata, ahli persatuan terbabit disaran untuk mengikuti  latihan berkaitan yang disediakan di Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (i-Cats).

“Ini satu saranan yang baik kerana melalui latihan yang di sediakan di i-Cats iaitu latihan kemahiran di dalam bidang penyiaran, mereka akan dapat persijilan sama ada diperingkat sijil ataupun peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Katanya, kemahiran dan kelulusan yang dimiliki ini akan membolehkan individu cacat pendengaran ini bersaing dalam pasaran kerjaya seterusnya menceburi bidang yang di minati oleh mereka.

Beliau berkata, satu perbincangan akan di lakukan bersama pihak i-Cats bagi menentukan jenis modul yang bersesuaian bagi membolehkan individu cacat pendengaran mengikuti latihan terbabit.

“Dengan ini nanti, individu dengan cacat pendengaran ini bukan sahaja memperoleh kemahiran tetapi juga persijilan sebab dengan sjil yang mereka perolehi nanti maka lebih mudah untuk mereka mendapat perkerjaan,” katanya.