JPJ saman kereta potong ‘Q’ guna laluan motosikal di Samarahan

Anggota JPJ mengambil tindakan ke atas pemandu kereta yang mengunakan laluan motosikal untuk memotong 'Q'. Kredit foto: JPJ Negeri Sarawak

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 19 Okt: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak mengambil tindakan ke atas beberapa buah kereta yang didapati menggunakan laluan motosikal di sekitar bandaraya ini hari ini.

Menurut Facebook JPJ Negeri Sarawak, operasi oleh Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) JPJ Kuching itu dilakukan di laluan berhampiran bulatan dan persimpangan jalan ketika waktu puncak.

Katanya, bulatan di Kota Samarahan antara yang paling banyak kenderaan diambil tindakan hari ini.

“Pengguna jalan raya diingatkan agar tidak mengambil kesempatan menggunakan laluan motosikal untuk terus keluar bulatan terutamanya laluan di hadapan Intan Samarahan.

“Perkara tersebut adalah menyalahi undang-undang jalan raya serta boleh mendatangkan bahaya kepada penunggang motosikal,” katanya.

Tegasnya operasi tersebut akan terus dilakukan pada masa-masa akan datang.

“JPJ akan sentiasa memantau laluan berkenaan bagi memastikan berkurangnya kenderaan yang memotong ‘Q’ dengan cara berkenaan,” katanya. — DayakDaily