JPJ ketuai ops khas sempena Tahun Baru Cina 2019.

Kelihatan anggota JPJ melakukan operasi pemeriksaan.

Oleh Dean Adam

KOTA SAMARAHAN, Feb 12: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak telah mengadakan Operasi Khas Motosikal sempena musim perayaan Tahun Baru Cina 2019 pada hari Isnin.

Operasi tersebut telah dilaksanakan di Jalan Matang berhadapan Courts Mammoth Kuching dari kedua-dua arah.


Operasi yang diketuai Timbalan Pengarah JPJ Negeri, Erick Jusiang itu dimulakan pada pukul 8 malam dan berakhir pada pukul 12 tengah malam.

Menurut Erick, operasi khas itu juga melibatkan sebanyak lima agensi iaitu JPJ sebagai tuan rumah (33 orang) AADK (20 orang) dan polis traffik (4 orang) Imigresen (12 orang) dan JAS (7 orang)

“Sebanyak 32 notis telah dikeluarkan oleh JPJ manakala AADK telah membuat saringan seramai 54 orang dan didapati 11 orang didapati positif dadah.

“Polis pula mengeluarkan 30 notis kesalahan lalu lintas, JAS telah memeriksa 106 buah motosikal dengan sebuah tidak menepati tahap bunyi yang dibenarkan,” katanya di sini.

Erick menambah, pihak Imigresen juga telah memeriksa penunggang dan pemandu yang disyaki bukan warga negara, tetapi tiada tangkapan dibuat sepanjang Ops tersebut. — DayakDaily