JPBNS: 16 lokaliti lagi dikenakan PKPD

Foto fail menunjuk sebuah ambulans di kawasan PKPD.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 26 SEPT: Sebanyak 16 lokaliti di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata, PKPD melibatkan daerah Sri Aman, Meradong, Julau, Pakan, Betong dan Saratok.

“Di Sri Aman, PKPD mulai 24 September 2021 hingga 3 Oktober 2021 melibatkan Rh Nadwi di Stumbin, Rh Nadin di Lachau Ulu, Rh Entau di Jinggau, Rh Laka di Tinting, Rh Rh Milu di di Gua Dalam, Rh Steele di di Stumbin, Rh Merinding di Pantu dan Rh Stephen di Selepong.


“Manakala di Meradong dan Julau, PKPD melibatkan Rh Jantan di Bintangor dan Rh Malang mulai 25 September hingga 4 Oktober 2021,” katanya.

JPBNS turut berkata, satu lokaliti di Pakan iaitu di Rh Barang dikenakan PKPD mulai 25 September 2021 hingga 4 Oktober 2021.

Mengulas lanjut, 2 lokaliti di Betong iaitu di Rh Rokayah di Melanjan dan Rh Unting di Nanga Sela turut dikenakan PKPD mulai 26 September hingga 6 Oktober 2021.

Turut dikenakan PKPD mulai 26 September hingga 6 Oktober 2021 ialah 3 lokaliti di saratok.

Ia melibatkan Rh Thomas di sebetan, Rh Nyalang di Sg Buluh dan Rh Ganing di sebetan.

JPBNS turut berkata satu lokaliti iaitu Rh Basil di Debak dikenakan pelanjutan PKPD mulai 26 September 2021 hingga 6 Oktober 2021. – DayakDaily