Joanna Eve dinobat Dayung Sangon 2024, Samson Dari Pogan 2024

Dayung Sangon Joanna dan Dari Pagon Samson.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 9 Jun: Joanna Eve Presley, 22, dinobat pemenang Dayung Sangon 2024 Karnival Gawai Dayak Bahagian Serian yang berlangsung di Dewan Manggeng Kampung Sungai Du’uh, Siburan pada semalam.

Joanna yang berasal dari Kampung Simpok di Padawan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, tropi, skaf dan sijil yang disampaikan tetamu kehormat Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah.

Advertisement

Selain itu, Joanna turut memenangi kategori sampingan iaitu Pakaian Tradisional Terbaik dan Miss Popular.

Manakala tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM2,000, dimenangi oleh Julie Chris Ivy dari Kampung Serayan Hilir di Lundu.

Julie, 22, turut memenangi kategori sampingan Miss Talent.

Sementara itu ditempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM1,000 ialah Paula Issabel Sow, 18, dari Kampung Mundai Padawan.

Paula juga memenangi kategori sampingan Miss Global.

Lima finalis lain ialah Phynterliana Agatha, Ezra J Susel, Lofrenska Fezzle, Melanie Joyce Jeman dan Evangelis Pharmela Kennedy.

Dari Pogan 2024 pula milik Samson Kidau Derandidi, 26, dari Kampung Sudoh, Singai.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing milik Micheal Duya Aten dan Andrew Asem.

Micheal, 20, berasal dari Kampung Bugu Mawang, Serian manakala Andrew, 25, dari Kampung Semeba di Kuching. — DayakDaily

Joanna (duduk) dinobat Dayung Sangon 2024.
Advertisement