LUNDU, 20 Feb: Kerja Pembinaan bagi mengantikan kelim di lalan akses Lundu yang runtuh semalam dijangka akan dapat disiapkan dalam tempoh dua bulan akan datang.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi satu kenyataan berkata, kerja-kerja pembinaan terbabit telahpun dimulakan serta merta sebaik sahaja pihak menerima laporan berkenaan kerosakan tersebut semalam.
Katanya, Sisatan awal mendapati Kelim dan Tanggul terbabit runtuh selepas tidak mampu menampuh limpahan air akibat hujan lebat yang berterusan sejak khamis (18 Feb) lalu.
“Dianggarkan sekitar 16 meter panjang laluan di jalan terbbaitbtelah runtuh dan tidak dapat dilalui oleh sebarang jenis kenderaan.
“Ketika ini JKR Kuching telah pun meletakkan penghadang, papan tanda bagi memberikan amaran dan makluman kepada orang awam berkenaan bahagian jalan yang runtuh itu serta laluan lencongan sementara untuk ke pekan Lundu,” katanya.
Tambah kenyataan itu, usaha untuk membina jalan lencongan sedang dilakukan dan dijangka dapat disiapkan dalam masa tiga hari.
Justeru, orang ramai yang ingin ke Pekan Lundu, dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif menerusi Jalan Stunggang Melayu Baru.
Dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi semalam, laluan tersebut terputus selepas kelim dan tanggul yang menjadi laluan air dibawah jalan terbabit runtuh.
Kejadian tersebut dipercayai disebabkan kelim dan tanggul terbabit tidak dapat menampung limpahan aur yang banyak akibat cuaca hujan lebat. – DayakDaily