KUCHING, 27 Feb: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi notis pemberitahuan hari ini mengumumkan penutupan dan perubahan laluan sementara di Jalan Diplomatik di sini.
Menurut JKR, ia melibatkan lokasi dari Jambatan Siol sehingga ke Bulatan Mardi bagi tujuan pembinaan jalan.
Perubahan laluan sementara itu berkuatkuasa mulai 28 Februari hingga 30 April 2024. — DayakDaily
Advertisement