JKR: Jln Abang Haji Muhammad Salahuddin, Jln Datuk Bandar Mustapha diturap semula

Pelan lokasi kerja-kerja menurap semula permukaan Jalan Abang Haji Muhammad Salahuddin.

KUCHING, JUN 16: Jabatan Kerja Raya, Bahagian Kuching akan memulakan kerja-kerja menurap semula permukaan jalan di Jalan Abang Haji Muhammad Salahuddin, Kuching mulai Jun 17.

Menerusi satu kenyataan hari ini, JKR menasihati para pengguna jalan raya berhati-hati semasa memandu di jalan tersebut semasa tempoh penyelenggaraan.

Pengguna juga diminta mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan dan perhatian apabila satu lorong jalan ditutup sepenuhnya.


Sehubungan dengan itu, pengguna-pengguna adalah digalakkan untuk menggunakan laluan-laluan alternatif bersesuaian yang sedia ada sehingga tamat kerja-kerja pembaikan ini.

JKR Bahagian Kuching turut mengumumkan akan memulakan kerja-kerja menurap semula permukaan jalan di Jalan Datuk Bandar Mustapha mulai Jun 17 sehingga Julai 16.

Kerja-kerja penyelenggaraan jalan dijalankan pada waktu malam dari pukul 8 malam sehingga 6 pagi untuk mengelakkan kesesakan jalan memandangkan jalan-jalan tersebut adalah jalan-jalan utama dalam bandar. — DayakDaily