JKR baikpulih permukaan Jalan Datuk Amar Kalong Ningkan

Peta lokasi kerja-kerja baik pulih Jalan Datuk Amar Kalong Ningkan.

KUCHING, 30 SEPTEMBER: Jabatan Kerja Raya(JKR) Bahagian Kuching memohon para pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati semasa memandu di Jalan Datuk Amar Kalong Ningkan.

Menerusi kenyataan hari ini JKR berkata, kerja-kerja membaikpulih permukaan jalan tersebut telah bermula dari 28 September 2020 dan dijangka selesai pada 10 Oktober 2020.

Kerja-kerja bermula dari Persimpangan Lampu Isyarat Batu 6 sehingga Bulatan Batu 3.

“Kerja-kerja penyelenggaran telah dijalankan pada waktu malam bermula pada pukul 8.00 malam sehingga 6.00 pagi dalam tempoh tersebut.

“Selain sentiasa berhati-hati, pengguna juga dinasihatkan untuk mematuhi pengurusan trafik di lokasi berkenaan sepanjang tempoh penyelenggaran,’kata JKR.

JKR juga menggalakkan pengguna-pengguna untuk menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian sehingga tamat kerja-kerja penyelenggaran nanti.-DayakDaily