JKMS akan terus beri perkhidmatan sewajarnya untuk gelandangan

Fatimah (Kiri) menyerahkan bungkusan makanan dan beg tidurkepada salah seorang gelandangan ketika menyertai operasi tinjauan JKMS di sekitar bandaraya kuching malam tadi (27 Jan)

KUCHING, 28 Jan: Perkhidmatan Sewajarnya akan terus diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) kepada golongan gelandangan di negeri ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) , Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, seperti golongan lainnya, golongan tersebut juga berhak untuk diberi perhatian seterunya menikmati kehidupan mereka.

katanya Susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) di Sibu, JKMS telah mengatifkan Tempat Transit Gelandangan (TTG) di rumah rehat kakitangan kerajaan bagi meyediakan tempat tinggal sementara untuk golongan tersebut.


“PKP yang yang di laksanakan di Sibu menyebabkan pergerakkan gelandangan ini terhad , jadi kita tempat merewka di TTG supaya mereka boleh membersihkan diri dan mendapat perhatian yang sewajarnya temasuk perkhidmtan kaunseling dan makanan,” katanya pada sidang media sebelum menyertai operasi tinjauan gelandangan, di sini malam tadi.

Beliau berkata, KWKPK bersama rakan strategiknya mula melaksanakan tinjauan bersepadu serta bersasar bagi mengenalpasti kumpulan gelandangan untuk di selamatkan sekaligus menangangi isu kesejahteraan golongan tersebut secara berterusan terutama ketika pandemik covid-19.

“Mulai tahun tahun ini, Kementerian mula membangun Direktori Intervensi Sosial bagi Komuniti Terjebak Isu atau masalah Sosial di Sarawak termasuk golongan gelandangan.

“Ia bagi menangani isu yang dihadapi oleh golongan tersebut secara bersepadu dengan merujuk mereka kepada agensi berkaitan masalah serta isu yang dihadapi,”katanya.

Mengulas mengenai operasi yang dilakukan malam tadi, Fatimah berkata, operasi tersebut hanya melibatkan tinjauan, peberian makanana serta peralatan tempat tidur kepada golongan gelandangan di sekitar bandaraya Kuching.

Katanya, operasi tersebut berbeza dengan operasi sebelum ini yang menyelamatkan gelandangan yang dibawa ketempat yang di sediakan seperti Anjung singgah Kuching.

tambah Fatimah, menerusi tinjauan awal yang dilakukan oleh Unit Penguatkuasaan JKMS Kuching selama dua malam iaitu pada 21 dan 25 Januari 2021 mulai jam 7 petang hingga 2 pagi mendapati empat titik panas yang menjadi tumpuan golongan tersebut di sekitar bandaraya ini.

” Empat titik panas ini kita bahagikan kepada zon iaitu zon satu meliputi kawasan India Street, Tebingan Sungai Kuching dan Padungan, sementara zon dua melibatkan kawasan Pending, Bintawa dan Demak.

“Manaka bagi zon tiga dan empat ia merangkumi kawasan Tabuan, Kenyalang Park, Stampin, Batu Tiga, Batu Kawa, Batu Tujuh dan Batu 10,” katanya. -DayakDaily