Jilat kemaluan kanak-kanak perempuan, seorang lelaki warga Indonesia dicekup polis

Suspek (baju biru) dicekup polis.

MARUDI, 26 April : Polis Marudi pada Ahad telah menahan seorang lelaki warga Indonesia kerana disyaki menjilat dan memasukkan satu jari ke dalam kemaluan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Mat Kib, suspek berusia 28 tahun telah ditahan anggotanya susulan menerima laporan daripada ibu mangsa.

“Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Marudi untuk siasatan lanjut selama 14 hari sehingga 1 Mei,” ujarnya.


Ia dipercayai berlaku di dalam sebuah bilik kosong kuarters pekerja di Bakong pada Sabtu (23 April), semasa kanak-kanak tersebut diajak oleh suspek bermain.

Kejadian terbongkar apabila ibu mangsa yang juga warga Indonesia bertanyakan pada kanak-kanak tersebut tentang keberadaannya sepanjang hari pada Sabtu, kerana mangsa hanya kelihatan pulang pada lewat petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan -kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/66. — DayakDaily