Pencuri meter air ditangkap di Marudi

Suspek ditangkap untuk siasatan lanjut.

MARUDI, 10 Okt: Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki mencuri meter air Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) di sekitar pekan Marudi semalam.

Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Mat Kib berkata suspek berusia 20an itu dipercayai telah melakukan sekurang-kurangnya lima kes curi meter di daerah tersebut sejak bulan lalu.

Katanya, suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut.


“Suspek ditangkap Bahagian Siasatan Jenayah IPD Marudi dan di sebuah rumah sewa di Pekan Marudi.

“IPD Marudi percaya dengan tertangkapnya suspek, kita telah berjaya menyelesaikan lima kes kecurian meter air JBALB yang dilaporkan hilang oleh penduduk kampung,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Turut dirampas ialah tiga unit meter air JBALB yang dipercayai belum sempat dijual.

“Polis sedang menjejaki suspek yang sanggup membeli meter air tersebut,” katanya.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan kerjasama kepada PDRM. — DayakDaily