JBALB Sarawak buat laporan polis terhadap salah laku vandalisme aset-aset

Kecurian wayar elektrik dan salah laku vandalisme aset-aset JBALB di Stesen Pam Penggalak Sampadi.

KUCHING, 17 Feb: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak kesal dengan kejadian pencerobohan serta kecurian yang berlaku di Stesen Pam Penggalak Sampadi, di Lundu.

JBALB, menerusi kenyataan media hari ini, berkata kejadian ini memberi kesan kepada pihaknya dan menjejaskan operasi serta perancangan yang berkaitan dengan projek bekalan air di kawasan berkenaan.

“Laporan polis telah dibuat oleh JBALB Bahagian Kuching pada 16 Februari (Ahad) bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan berhubung dengan kejadian tersebut.


“Pihak kami amat komited untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak polis agar pelaku-pelaku ini dibawa ke muka pengadilan,” menurut kenyataan media itu.

Kecurian wayar elektrik dan salah laku vandalisme aset-aset JBALB di Stesen Pam Penggalak Sampadi.

Sehubungan dengan itu, JBALB Sarawak menyeru dan memohon kerjasama dari orang awam untuk membuat laporan polis berkenaan dengan aktiviti aktiviti yang mencurigakan.

Orang awam juga boleh berhubung terus dengan JBALB sekiranya terdapat salah laku vandalisme terhadap aset-aset milik agensi tersebut di talian seperti berikut:

JBALB Bahagian Kuching: 082-203498

JBALB Bahagian Samarahan: 082-672838

JBALB Bahagian Serian: 082-875319

JBALB Bahagian Sri Aman: 083-323240

JBALB Bahagian Betong: 083-472314

JBALB Bahagian Sarikei: 084-657990

JBALB Bahagian Sibu: 084-259100

JBALB Bahagian Kapit: 084-796135

JBALB Bahagian Mukah: 084-871667

JBALB Bahagian Bintulu: 086-344544

JBALB Bahagian Miri: 085-442204

JBALB Bahagian Limbang: 085-283612

— DayakDaily