JBALB: Kerja baik pulih paip bocor di Roban selesai

Kerja-kerja baik pulih paip utama yang bocor telah siap dilakukan pihak kontraktor bersama JBALB.

KUCHING, 22 DIS: Kerja baik pulih paip utama yang bocor di kawasan Sebubu, Roban telah diselesaikan pada Isnin lepas (21 Dis).

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) menerusi satu kenyataan hari ini berkata, kebocoran berpunca daripada pergerakan tanah yang kuat.

Masalah itu telah menyebabkan gangguan bekalan air berlaku di beberapa kawasan di Daerah Saratok dan Kabong bermula pada hari Ahad sehingga Isnin.


Namun demikian, bekalan air akan kembali pulih seperti biasa secara berperingkat dan akan mengambil sedikit masa terutama di kawasan-kawasan yang tinggi dan kawasan-kawasan di hujung kampung.

Penghantaran bekalan air oleh pihak JBALB Bahagian Betong turut dilakukan di kawasan-kawasan yang terjejas. — DayakDaily