Jawatakuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat teliti cadangan laksana persidangan maya.

Datuk Takiyuddin Hassan

Oleh Cornelius Kadir Edison

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Kerajaan sedang meneliti usul untuk mengadakan persidangan parlimen secara maya susulan perubahan situasi semasa akibat penularan Covid-19 yang kini memasuki gelombang ketiga.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu dapat dilakukan tanpa perlu menggubal rang undang-undang baharu sebaliknya melakukan pindaan terhadap peraturan mesyuarat sedia ada.

“Segala apa yang laksanakan berdasarkan Peraturan Mesyuarat dan Peratusan Mesyuarat adalah satu undang-undang yang dibuat berdasarkan Perlembagaan persekukutan Perkara 60 Fasal 2,” katanya.

Beliau berkata, disebabkan persidangan maya tiada termaktup dalam Peraturan tersebut, Ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang di Pengerusikan Yang Dipertuan Dewan Rakyat dan disertai ketua-ketua Whip sedang meneliti cadangan untuk melakukan persidangan menngunakan Platform tersebut.

“Kita sedang meneliti perkara ini (Persidangan maya) dan kalau perkara ini dirasakan boleh dilakukan secepat mungkin, ianya akan dilakukan.

“Tidak perlu gubar satu Rang Undang-undang baharu, hanya kita perlu pinda peraturan mesyuarat sahaja,” katanya ketika menjawab cadangan Ahli Parlimen Kuantan, Fauziah Saleh di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Takiyuddin sebelum itu mengemukakan usul untuk menghentikan kuat kuasa beberapa Peraturan Mesyuarat berikutan perubahan yang dilaksanakan pada Persidangan Dewan Rakyat akibat penularan wabak Covid-19.

Fauziah yang mencelah ketika usul tersebut dibacakan meminta penjelasan berhubung keperluan untuk Dewan Rakyat meluluskan satu rang Undang-Undang jika ingin melaksanakan persidangan menggunakan platform secara digital atau maya.

Terdahulu, Takiyuddin turut mengemukan usul dengan mencadangkan persidangan Dewan Rakyat berlansung selama empat jam bermula 10.00 pagi hingga 2.00 petang bemula Isnin depan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 12(1) yang disokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau juga turut mengemukakan usul menghentikan kuat kuasa beberapa Peraturan Mesyuarat antaranya Peraturan 16(6) bagi membolehkan persidangan Kamar Khas diawalkan kepada jam 12 tengah hari hingga 2 petang. ā€” DayakDaily