Jari tersepit mesin memerah tebu

Operasi mengeluarkan jari mangsa yang tersepit.
Advertisement

KUCHING, 29 Sept: Seorang lelaki terpaksa mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak apabila jari tangan kirinya tersepit dalam mesin memerah tebu.

Jurucakap Bomba berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima laporan berhubung kejadian pada jam 5.06 petang.

Katanya, kejadian dilaporkan berlaku di Jalan FAC iaitu berdekatan Taman Kopodim dan beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Komander operasi lapor terdapat seorang mangsa di mana jari tangan kiri telah tersepit di mesin memerah tebu.

“Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan jari mangsa menggunakan peralatan khas dan selepas berjaya dikeluarkan, mangsa kemudian dihantar menggunakan ambulans Bulan Sabit Merah ke Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya.

Mangsa, 25, sehingga berita ini ditulis dilaporkan masih dirawat di Unit Kecemasan HUS. — DayakDaily

Advertisement