Jambatan untuk memudahkan kesesakan lalulintas Serian akan selesai bulan April

John Ilus (dua kiri) menyaksikan Presiden World Digital Asset Organisation, Mohammad Zaidi Kamarudin (tiga kiri) memukul gendang bagi merasmikan pelancaran The Grand Preview yang bertema Empowering People, Moving Dreams di sini, semalam.

KUCHING, 28 Jan: Projek pembinaan dua jejambat di pekan Serian bagi mengurangkan kesesakkan lalulintas dijangka akan dapat siap sepenuhnya seawalnya April tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus berkata demikian dengan kontraktor telah memaklumkannya mengenai tempoh sasaran penyiapan keseluruhan projek itu selepas merasmikan pembukaan satu lorong jejambat pertama pada minggu lepas.

“Saya telah berada di ‘soft opening’ (satu lorong jejambat pertama yang sudah siap) minggu lepas, mereka (kontraktor) telah memberi jaminan bulan April akan dapat disiapkan sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis The Grand Preview and Inaugural Gala Dinner 2020 anjuran Pertubuhan Digital Asset (DAO) semalam.


John berkata pembinaan jejambat pertama setakat ini hanya tinggal kerja mengemas strukturnya di samping memasang bekalan air dan elektrik dan berharap kontraktor menyiapkan kerja itu ketika umat Islam mula berpuasa April depan.

Manakala jejambat kedua berhampiran gereja St Theresa boleh disiapkan dalam masa terdekat tetapi tiada memberikan tarikh tertentu.

“Jejambat kedua, kita perlu disegerakan (penyiapannya) sebab melihat keadaan sekarang. Jejambat pertama kenderaan boleh dipandu laju, tetapi ‘bottleneck’ dekat St Theresa sebab (jejambat kedua) belum ada dibuka (lorongnya) lagi,” katanya.

Beliau berkata sekiranya jejambat pertama dan jejambat kedua dapat siap dan dibuka serentak April depan, lalulintas di pekan Serian dijangka lebih lancar dan seterusnya mengurangkan kesesakkan lalulintas pekan itu.

John menjelaskan projek pembinaan dua jejambat terbabit adalah komponen tambahan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.—DayakDaily

John Ilus (10 dari kanan) bersama ahli DAO yang menerima anugerah ketika majlis The Grand Preview and Inaugural Gala Dinner 2020 anjuran Pertubuhan Digital Asset (DAO), semalam.