Jambatan Sungai Yong No. 1 ditutup sementara, Jambatan Kedua dibuka

Notis pemberitahuan dari JKR.

KUCHING, 8 Sept: Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui notis pemberitahuan hari ini memaklumkan lencongan dan penutupan Jambatan Sungai Yong No. 1 mulai 7 hingga 21 September 2021.

Katanya, ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan di jambatan lama di KM31 Jalan Song ke Kapit itu.

JKR turut memaklumkan bahawa Jambatan Sungai Yong Kedua akan mula dibuka bagi memudahkan pergerakan kenderaan.

Dalam pada itu, JKR akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja penyelenggaraan.

Pengguna jalan raya dinasihati supaya merancang perjalanan dengan lebih teliti dari masa ke semasa sepanjang kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.

Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan dengan aliran trafik di kawasan penyelenggaraan, sila berhubung dengan Pejabat Wilayah Tengah JKR (084–334444) / JKR Bahagian Kapit (084–796040). — DayakDaily