This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 30 Ogos: Jalan Tun Hussein Onn di Bintulu bakal ditutup bermula hari ini bagi memberi laluan kepada pembinaan jejambat di jalan tersebut, kata Adun Tanjung Batu Johnny Pang Leong Ming.
Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), pembinaan ini akan memakan masa tiga bulan untuk disiapkan dan penutupan jalan akan bermula jam 9.30 pagi.
“Saya menyarankan agar pengguna jalan raya dari SMK Bintulu dan Taman Jason menggunakan jalan alternatif untuk turun ke pasar atau balik dari kerja untuk pulang ke rumah.
“Mereka mungkin boleh menggunakan jalan d Taman Li Hua atau jalan lain terutama pada waktu kemuncak seperti hari persekolahan ataupun balik kerja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media berdekatan lamput isyarat Medan Jaya di sini semalam.
Terdahulu, Pang telah diberi taklimat oleh Pengurus Projek Kanan AT Construction Justin Lee berkaitan penutupan jalan tersebut.
Dalam pada itu, Jalan Bougainvilla masuk ke Taman Li Hua juga akan ditutup untuk hari ini sahaja bermula jam 8 pagi untuk memberi ruang kepada kerja-kerja pemasangan paip bawah tanah. — DayakDaily