Jalan Tanjong Lubang diselenggara mulai 13 hingga 30 Ogos

Lokasi kerja pembaikan permukaan jalan.

KUCHING, 8 Ogos: Kerja-kerja pembaikan permukaan jalan di Jalan Tanjung Lobang di Miri akan dilaksanakan mulai 13 hingga 30 Ogos ini.

Majlis Bandaraya Miri (MCC) menerusi satu notis hari ini berkata, kerja-kerja akan bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang.

Justeru, pengguna-pengguna jalan raya diminta berhati-hati dan mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan dan arahan penjaga bendera untuk melancarkan pergerakkan trafik.


“Pengguna–pengguna jalan raya diminta berhati–hati dan memperlahankan kenderaan semasa melalui jalan ini sepanjang tempoh penyelenggaraan dan mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan,” katanya.

MBM juga menasihati pengguna-pengguna untuk menggunakan laluan alternatif sehingga kerja-kerja penyelenggaraan tamat. — DayakDaily