Jalan Premat di Kuching dibaiki mulai 14 Julai, pengguna dinasihat ambil jalan alternatif

Pelan lokasi kerja-kerja membaiki permukaan Jalan Premat.

KUCHING, 12 Julai: Kerja-kerja membaiki permukaan jalan di Jalan Premat, Kuching akan bermula pada Selasa, 14 Julai 2020.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching dalam satu kenyataan menasihati para pengguna jalan raya supaya berhati-hati semasa memandu di jalan tersebut sepanjang tempoh penyelenggaraan.

Segala pengurusan trafik untuk keselamatan perlu dipatuhi khususnya apabila lorong jalan ditutup sepenuhnya.


Sehubungan dengan itu, para pengguna adalah digalakkan untuk menggunakan laluan-laluan alternatif bersesuaian yang sedia ada sehingga tamatnya kerja-kerja pembaikan. — DayakDaily