Jalan Ngemah-Temalat dijangka siap Ogos 2020

Masing (tengah) memotong riben tanda simbolik perasmian Jalan Sengayan-Rantau Dilang, Kanowit.

Oleh Dean Adam

KANOWIT, Ogos 25: Jalan Ngemah-Temalat yang dikenali sebagai “missing link” masih dalam proses pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2020.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan, Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, apabila siap kelak ia akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.


“Ini sekaligus menepis dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan negeri tidak mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Jalan Sengayan-Rantau Dilang, Kanowit semalam.

Mengulas mengenai pembinaan Jalan Sengayan-Rantau Dilang, Masing memberitahu, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan kira-kira RM22,912,264 bagi menyiapkan projek tersebut.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan Sarawak telah meluluskan dana bagi membina beberapa projek jambatan yang dibatalkan oleh kerajaan persekutuan.

“Antaranya, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan RM285 juta bagi pembinaan Jambatan Igan, Jambatan Lassa (RM400 juta), Jambatan Batang Paloh (RM400 juta) dan Jambatan Batang Lupar (kos lebih RM1 bilion,” katanya. ā€” DayakDaily