Jalan empat lorong dua hala Lebuhraya Pan Borneo di Tatau dibuka 30 Januari

Pusingan P di KM 59.
Advertisement

KUCHING, 28 Jan: Jalan empat lorong dua hala Lebuhraya Pan Borneo di KM 84 hingga KM 59 menghampiri Pekan Tatau di Bintulu akan dibuka pada 30 Januari ini.

Jabatan Kerja Raya menerusi satu notis berkata, para pengguna jalan raya diingatkan untuk mematuhi Pusingan P di beberapa lokasi.

Ia melibatkan Pusingan P di KM 59, KM 60 dan KM 62.

Advertisement

Para pengguna jalan raya juga diingatkan untuk berhati-hati di simpang masuk ke Pekan Tatau, IPD Tatau dan simpang masuk ke Dewan Suarah serta Masjid Tatau. — DayakDaily

Pusingan P di KM 60.
Pusingan P di KM 62.
Advertisement