KUCHING, 10 April: Jalan empat lorong dua hala Lebuhraya Pan Borneo Sri Aman-Betong bermula dari Kampung San Demam ke Kampung Bayai telah dibuka kepada pengguna.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan berkata, ia telah dibuka mulai 8 April lepas.
Pembukaan laluan sepanjang 8km itu melibatkan KM18 hingga KM26 (rujuk Lampiran A). — DayakDaily
Advertisement