Jalan dua hala Pan Borneo berhampiran SK Telagus ditutup sejam pada 13 April ini

Lampiran A

KUCHING, 10 April: Jalan dua hala Lebuhraya Pan Borneo Serian-Sri Aman bermula dari KM227.3 hingga KM227.6 berhampiran SK Telagus ditutup pada 13 April 2023.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan berkata, laluan ditutup selama sejam mulai jam 2–3 petang.

Katanya, ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan ‘steel box truss’.


Justeru, satu lencongan (Lampiran A) akan disediakan di kawasan terbabit bagi memudahkan pergerakan kenderaan.

JKR meminta pengguna jalan raya untuk berhati-hati semasa memandu di kawasan tersebut ketika kerja menaik taraf dijalankan. — DayakDaily