Jalan Betong ditutup separuh jalan 21-23 Ogos

Notis pemberitahuan JKR.
Advertisement

KUCHING, 19 Ogos: Jalan Betong berhampiran Persimpangan Pan Borneo akan ditutup sementara separuh jalan mulai 21 hingga 23 Ogos ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi satu notis pemberitahuan memaklumkan, ia ditutup mulai jam 5 petang hingga 12 tengah malam.

Katanya, ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan cerun jalan.

Advertisement

Justeru, pengguna jalan raya dinasihat agar berhati-hati semasa melalui kawasan tapak pembinaan. ā€” DayakDaily

Advertisement