Jalan Batu Kawah ditutup untuk kerja penyelengaraan

JKR Map of route indicating the affected area of road upgrade

Oleh Cornelius Kadir Edison

KUCHING, 20 Okt: Jalan Batu Kawah berdekatan kawasan Batu 3 ditutup sementara kepada orang ramai bermula dari jam 8.00 malam hingga 6.00 esok pagi.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching menerusi satu kenyataan berkata penutupan laluan terbabit dilaksanakan bermula semalam hingga 30 Oktober ini bagi memberi laluan kerja – kerja membaikpulih permukaan jalan melibatkan dua lokasi di sepanjang laluan terbabit.


“Sila patuhi papan tanda keselamatan yang disediakan sekitar kawasan yang terlibat dan ikut arahan penjaga bendera untuk melancarkan pergerakan trafik.

JKR Map of route indicating the affected area of road upgrade

“Pengguna- pengguna juga digalakkan untuk menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian, sehingga tamat kerja-kerja penyelenggaran nanti,” katanya.

Dalam pada itu, pengguna jalan raya dinasihati merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat dan segala kesulitan amatlah dikesali.

Sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan dengan aliran trafik di kawasan terbbait, orang ramai boleh berhubung denga Pejabat JKR Bahagian Kuching ditalian 082-203411 ketika waktu pejabat. –DayakDaily