Jabatan Hutan Sarawak rampas 312 kayu balak haram

Kayu balak haram yang dirampas oleh JHS dalam satu operasi bersama PGA di Kawasan Sungai Rajang dekat Nanga Samaram, Kanowit

KANOWIT, 11 Mac: Sebanyak 312 batang kayu balak pelbagai jenis dirampas menerusi satu operasi terhadap kegiatan pembalakan haram di kawasan Sungai Rajang dekat Nanga Samaram di sini.

Ramapan berkenaan dilakukan oleh Penguatkuasa Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dengan kerjasamaPasukan Gerakan Am (PGA) hasil maklumat risikan dan pemantauan berterusan oleh kakitangan penguat kuasa JHS bagi membanteras kegiatan pembalikan haram kawasan Sungai Batang Rajang, Kanowit.

Pengarah JHS, Datuk Hamden Mohammad berkata, rampasan dilakukan sekitar jam 8.00 malam semalam setelah mendapati kesemua kayu balak terbabit yang dijadikan rakit dan dihanyutkan melalui Sungai Rajang tidak mempunyai sebarang tanda fizikal kayu balak yang diluluskan oleh JHS.


“Semua kayu balak yang dirampas dianggar bernilai RM25,000 berdasarkan nilai royalti kayu balak,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya percaya aktiviti penyeludupan kayu balak tersebut dijalankan oleh pembalak haram sekitar kawasan Sungai Rajang dengan bantuan penduduk tempatan.

Katanya, penduduk terlibat membantu dengan membawa dan mengiringi kayu balak haram tersebut yang dirakit menggunakan perahu kecil.

Tambah Hamden kes terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 96 (1) Ordinan Hutan Sarawak dan sabit kesalahan boleh didenda tidak denda tidak kurang daripada RM25,000dan tidak melebihi RM150,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.

“Sekiranya didapati bersalah melakukan kesalahan berulang akan dikenakan denda tidak kurang daripada RM150,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kes juga akan disiasat di bawah section 97(a) ordinan yang sama dan jika sabit kesalahan, penalti akan dikenakan dua kali ganda kesalahan tersebut,” katanya

Hamden dalam pada itu turut menasihati orang ramai untuk tidak bersekongkol atau bekerjasama dengan pembalak haram untuk menjalankan aktiviti penyeludupan kayu balak haram khususnya di sekitar Sungai Batang Rajang.

katanya, sekiranya ditangkap dan didapati bersalah, indivitu atau syarikat terlibat akan berdepan tindakan undang-undang dan hukuman yang berat.

“Justeru, JHS menyeru kepada orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai segala kegiatan pembalakan haram yang berlaku di mana-mana kawasan hutan negeri bagi membolehkan Jabatan Hutan Sarawak mengambil tindakan terhadap kegiatan tersebut,” katanya – DayakDaily