Isu Bekalan Air Akan Diatasi

Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom

KUCHING: Isu bekalan air bersih di kawasan luar bandar akan diatasi dengan segera.

Bekalan air masih tidak mencukupi bagi kawasan luar bandar dengan hanya 61% mendapat perkhidmatan air bersih berbanding hampir 100% di kawasan bandar.

Kenyataan ini dibuat oleh Menteri Elektrik Luar Bandar dan Bekalan Air, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom semasa penggulungan usul di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Oleh kerana itu, kementerian beliau akan mengambil tindakan segera ke atas semua isu – isu berkenaan bekalan air yang dikemukakan oleh ADUN pada persidangan tersebut.

“Projek bekalan air untuk rumah panjang Ulu Roban telah dikemukakan kepada pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dengan anggaran kos sebanyak RM3.5 juta,” jelasnya.

Dalam memberi jawapan kepada ADUN Lambir Ripin Lamat mengenai projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Beluru Miri, Rundi menjelaskan bahawa projek tersebut telah diluluskan pada awal bulan Mei dan beranggaran sebanyak RM69 billion serta dijangka siap pada Oktober tahun hadapan. -dayakdaily.com