Isteri bekas TYT Sarawak meninggal dunia

Allahyarhamah Datuk Patinggi Hajah Norkiah

KUCHING, 14 April: Datuk Patinggi Hajah Norkiah meninggal dunia hari ini di Hospital Umum Sarawak (SGH).

Norkiah, 72, isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abang Mohammad Salahuddin Abang Barieng menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 12 tengah hari kerana komplikasi, selepas mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak pada 3 April lalu.

Allahyarhamah mendirikan rumah tangga dengan Tun Salahuddin, 99, pada 1996 dan telah mengambil empat anak angkat.


Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke kediamannya di Kampung Temenggong, Matang pada jam 3 petang.

Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang pada jam 5 petang ini. — DayakDaily