IPD Serian jalani latihan EX UNDI PER hadapi PRU-14

Pasukan polis dari IPD Serian menjalani latihan EX-UNDI PER di Serian, hari ini.
Advertisement

SERIAN, Dis 14: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian telah mengadakan latih amal sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang dikenali sebagai latihan EX-UNDI PER di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Serian, DSP Aswandy Anis berkata, latih amal itu diadakan bagi menentukan kesiapsiagaan dan kecekapan polis dalam mengendalikan dan menangani sebarang situasi pada tahap maksimum.

Menurutnya, EX-UNDI PER itu bermatlamatkan untuk menguji keberkesanan perancangan dan tindakan polis dalam menghadapi situasi ancaman keselamatan dan ketenteraman awam.

Advertisement
Pasukan polis dari IPD Serian menjalani latihan EX-UNDI PER di Serian, hari ini.

“Ia juga adalah untuk menguji pelan tindak balas polis daerah mengikut prosedur yang telah ditetapkan bagi mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan dalam mengatur gerak elemen bawah perintah serta menguji rangkaian komunikasi.

“Sehubungan itu, kita memohon penduduk di daerah Serian agar tidak panik dan tidak berasa bimbang dengan kehadiran pihak polis di beberapa lokasi semasa latihan EX-UNDI PER ini dijalankan,” katanya dalam sidang media di Bilik Mesyuarat IPD Serian di sini hari ini. — DayakDaily

Advertisement