IPD Padawan rai Sambutan Peringatan Hari Polis ke-212

Aidil (tengah) bersama tetamu memotong kek sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-212.

Oleh Dean Adam

PADAWAN, Mac 25: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan turut tidak ketinggalan meraikan Sambutan Peringatan Hari Polis ke- 212 di sini hari ini.

Program yang bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 12 tengah hari itu berlangsung di Padang Kawad IPD Padawan.

Sambutan Peringatan Hari Polis ke-212 peringkat IPD Padawan itu telah diketuai oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Padawan, Supt Aidil Bolhassan.

Turut serta ialah Timbalan KPD Padawan, DSP Merbin Lisa , 27 Pegawai Kanan Polis dan 264 Pegawai Rendah Polis/Pegawai Awam warga IPD padawan.

ADUN Batu Kitang merangkap Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan Lo Khere Chiang serta Pengerusi Persatuan Polis Komuniti, Datuk John Lau turut hadir bersama 150 orang yang terdiri daripada ketua jabatan, ketua masyarakat, pesara polis, KRT, SRS, kadet polis, pihak media dan 16 orang PERKEP IPD Padawan. — DayakDaily